Posted on October 9, 2009 by zafry
Saya menyambut baik pandangan Ketua Setiausaha Negara,Tan Sri Mohd Sidek Hassan bahawa penjawat awam patut mencabar ’status quo’ ataupun keadaan sedia ada bagi membuat pembaikan.
Sebelum itu, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon juga memberi pandangan agar jabatan Kerajaan patut sentiasa mencari ruang untuk pembaikan, juga menunjukkan bahawa ada harapan untuk agensi-agensi kerajaan menjadi bertambah baik dari keadaan sedia ada.
Pada pandangan saya, jabatan kerajaan merupakan nadi utama dalam mana-mana masyarakat dalam sesebuah negara. Ini kerana peratusan besar ‘rakyat marhaen’ adalah pekerja di jabatan kerajaan. Maka kecemerlangan dalam operasi jabatan kerajaan akan menunjukkan sejauh mana terdidiknya masyarakat di negara tersebut. Tidak seperti agensi swasta yang mana lebih terperinci dan mempunyai syarat yang lebih ketat dalam memilih pekerja, maka sudah pastilah agensi-agensi swasta ini lebih efisien dalam operasi mereka.
Read more »
Filed under: Current issues, Random thoughts | 1 Comment »
Posted on October 9, 2009 by zafry

Katakanlah: “”Kepunyaan Allah-lah timur dan barat; Dia memberi petunjuk kepada siapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus.” (2:142)
Membaca surat pembaca di NST beberapa hari lepas (lihat bawah), mengingatkan saya kepada kisah para sahabat r.a dengan Raja Najasyi di Habshah.
Kisah yang cukup menyentuh hati tu, memaparkan bagaimana dekatnya kepercayaan Najasyi yang memeluk agama Nasrani pada ketika itu, dengan agama Islam. Dalam satu kata-katanya yang mahsyur setelah mendengar penjelasan rombongan para sahabat r.a:-
“Kepercayaan kamu dengan kepercayaan saya adalah ibarat dua titik cahaya yang datang dari satu sumber yang sama”
Read more »
Filed under: Current issues, Random thoughts | Leave a Comment »
Posted on October 7, 2009 by zafry

Selama 5 tahun saya di luar negara, saya melihat sendiri bagaimana rosaknya akhlak muda-mudi barat, seks bebas, arak bebas, bertukar pasangan secara bebas. Tidur di tepi tong sampah pada awal pagi Ahad adalah lumrah, kerana mabuk pada malam Sabtu. Semua yang saya perhatikan di sana adalah seburuk-buruk akhlak manusia, dan itu menjadi lumrah di sana.
Semasa saya tingkatan 1, ketika itu seandainya ada pelajar lelaki dan perempuan bercouple & berpegangan tangan, baik di sekolah atau selepas sekolah, itu adalah isu besar dan sensasi.
Naik tingkatan 3, isu pelajar ‘dating’ di tempat gelap dan melakukan hubungan intim adalah isu besar dan sensasi. Pegang tangan dah kira lumrah.
Read more »
Filed under: Current issues, Yang Ku Alami | 2 Comments »
Posted on September 22, 2009 by zafry

Alhamdulillah, isteri saya selamat melahirkan baby girl, diberi nama Hafsah, pada 14 september 2009, jam 1155am. Berat semasa lahir ialah 2.78kg. Terima kasih atas doa anda semua.
Filed under: Yang Ku Alami | 4 Comments »
Posted on September 5, 2009 by zafry
Dia pada waktu petang itu berdiri menyampaikan ceramah dengan begitu bersemangat. Dia menyampaikan impiannya selama ini untuk menegakkan agama Allah di muka bumi ini. Dia begitu berapi-api memaparkan cita-citanya untuk menyaksikan syariat Allah menjadi peneraju tamadun di segenap alam semesta. Dia bertanya kepada para hadirin “Kenapa umat Islam mengalami kemunduran padahal ia merupakan agama yang sepatutnya memimpin dunia? Kenapa mereka mengikuti konsep hidup bangsa lain? Kenapa mereka menganggap rendah agama mereka sendiri? Kenapa mereka menjadikan musuh-musuh Islam sebagai pemimpin? Kenapa…? Kenapa…? Kenapa…?”
Setimbun soalan yang seumpamanya disampaikan dalam ceramahnya hingga menarik perhatian ramai para hadirin. Dia telah memikulkan bebanan berat itu kepada para hadirin yang turut serta menghadiri ceramahnya itu. Dia menjelaskan pandangannya dengan panjang lebar berupa teori, huraian mahupun kesimpulan. Dia pun kemudian mengakhiri ceramahnya.
Sehari setelah itu, saya mencari penceramah itu di celah-celah saf-saf jemaah solat Subuh. Anihnya, saya tidak melihatnya. Saya berbisik di dalam hati, ”Mungkin penceramah itu ada keuzuran atau sedang berhadapan urusan penting.”
Pada hari berikutnya pada waktu yang sama, saya cuba mencarinya lagi di celah-celah saf-saf jemaah solat Subuh dengan harapan menjumpainya. Namun, saya sekali lagi kecewa lantaran tidak dapat melihatnya di antara saf-saf jemaah solat Subuh. Saya mula khuatir, siapa tahu ada sesuatu perkara tidak diingin berlaku ke atas dirinya. Saya teringin sangat untuk mengetahui beritanya.
Read more »
Filed under: Saya Suka Baca... | 4 Comments »