Bukan mudah untuk cari masa tenang, ianya tidak akan datang bergolek. Biasanya saya akan banyak idea untuk menulis andai ada masa senggang di mana saya boleh diam sejenak dan berfikir. Tapi peluang sebegitu tidak datang setiap hari.
Bagi saya, rumah bukanlah tempat yang kondusif untuk menulis. Pelbagai kekangan terpaksa saya hadapi apabila berada di rumah. Namun apabila berada diluar dan semasa pelbagai idea datang mencurah, pada ketika itulah papan kekunci ini tidak berada di hadapan saya.
Sudah pasti saya mengidamkan agar saya mempunyai ilham ketika laptop berada di depan mata saya & saya mempunyai internet access pada ketika itu. Dan juga sambil dibuai angin bersama secangkir kopi bagi menyegarkan mata.
Alangkah indahnya andai hidup se-ideal itu.
Mungkin apa yang saya perlu ialah secangkir ramuan “mujahadah” agar mampu mengenepikan keselesaan, dan menolak diri ke penghujung batas kemampuan.
Filed under: Random thoughts, Yang Ku Alami

love this…
Mungkin apa yang saya perlu ialah secangkir ramuan “mujahadah” agar mampu mengenepikan keselesaan, dan menolak diri ke penghujung batas kemampuan.
a writer (can’t remember exactly who) once said that he brings a small notepad (or perhaps these days, a PDA) everywhere he goes, so that when an idea comes to mind he’d be able to write them down. not so convenient, i know but i think you might agree with me that your ideas just don’t come out the same when you try to recall them. give it a try. (although my ideas usually comes when i’m driving. sigh)
keep writing
Thanks for the tips,I agree, that is definitely d solution!
My recent post about immigration was written at the airport, minutes after d event
Keep commenting