Tukar orang tukar manhaj?

Melihat gagasan 1 Malaysia yang dilancarkan PM kita baru-baru ini, cukup mudah kita lihat ianya menenggelamkan gagasan Islam Hadarei saranan Pak Lah. Apatah lagi Wawasan 2020 yang saya kira cukup mantap dan diperjuangkan bertahun-tahun oleh Tun Mahathir.

Apakah yang sebenarnya berlaku? Adakah Wawasan 2020 kini tidak lagi diperjuangkan?Bagaimana dgn Kapsul Masa yang ingin dibuka semula pada 2020? Dan Islam Hadari sudah tercapai matlamatnya dan kini tidak perlu penerusan? Ini semua persoalan yang bermain di fikiran saya sekarang ini. Tiada jawapan.

Saya terpandang pula gerakan HAMAS & Ikhwanul Muslimin, yang mana telah 80 tahun bergerak. Bertukar pemimpin lebih banyak kali dari PerdM Malaysia, namun perjuangannya tetap sama. Hanya penumpuannya yang berubah apabila bertukar mursyid, namun misi & visi tetap sama.

Mengapa? Adakah kerana Visi itu datang dari individu? Atau sistem pewarisan yang tidak utuh, sifat kediktatoran menyebabkan pengikut hanya mengatakan “yes-boss”, dan akhirnya bila diambil alih, lantas pengikut itu menukar Visi & Misi yang tidak dipersetujuinya dulu?

Saya sangat berharap dapat menulis lebih panjang tentang analisa isu ini. Saya rasa ini sangat penting untuk kita sama-sama renungkan.

Wallahua’lam.

Ayat-ayat Cinta

Ya, saya memang ingin menulis tentang novel tersebut. Ya, saya juga baca novel. Dan Ya, saya baru sahaja dapat menghabiskan novel tersebut. Mungkin saya perlu mendaki Gunung seperti Tn Hj. Aminuddin agar mempunyai lebih masa yang tenang untuk membaca.

Beberapa minggu yang lalu saya mendengar wawancara ikim.fm bersama Habiburrahman el-Shirazy. Alhamdulillah, saya cukup gembira apabila mendengar beliau tidak bersetuju dengan filem Ayat-ayat Cinta yang dihasilkan. Beliau juga menjelaskan bahawa terdapat sedikit miss-communication antara beliau dgn pengarah filem, menyebabkan isi dan plot filem tersasar dari maksud sebenar yang cuba disampaikan di dalam novel asal. Saya pernah menonton filem tersebut, tapi tak habis. Masuk kpd plot Fahri berkahwin, saya rasa mual kpd plot cerita yang meyimpang dan saya tidak menghabiskan tontonan keseluruhan filem.

Read more »

Ownership

Seorang budak kecil akan mempertahankan kereta mainannya dari dirampas oleh orang lain.

Seorang remaja pula dilihat mempertahankan kasut bola yang baru dibelinya dari dicuri teman sebilik

Seorang suami pastinya akan menjaga isterinya bagai menatang minyak yang penuh, takut sekali tertumpah walau sedikit

Seorang yang patriotik merasakan bahawa negara tempat tinggalnya adalah kepunyaannya,pastinya akan dipertahankan meski harus gugur keringat & darah

Seorang Muslim yang hidup dengan Islam, akan terus membela agamanya, walau terpaksa membayar harga harta & nyawa

Sebenarnya, perasaan “belong’ atau ‘memiliki’ kpd sesuatu atau akan secara semulajadi melahirkan perasaan untuk mempertahankanya.

That is ownership.

Wallahua’lam

If you are caught, just blame someone!

On my way to KL from Kuching, i was stuck at the immigration minutes ago. I wasn’t having proper documents to travel, which was actually a stamp/receipt from immigration that i should’ve received during my arrival from Kl few days back.

This was what happened:-

Read more »

Hedonisme yang Merasuk

Saya tertanya-tanya, apa salahnya berhibur? Bukan sahaja saya tertanya malah saya sendiri ditanya oleh orang lain, dan soalan ini sukar untuk saya jawab.

Namun pada segi yang lain, saya juga tertanya-tanya, apa kaitan tarian hindustan dengan agenda kecemerlangan perniagaan? Soalan demi soalan menggamit minda saya apabila melihat kandungan televisyen yang penuh dengan hiburan yang tidak membentuk minda. Lawak kosong yang hanya ingin mencungkil saraf ketawa penonton & thats about it. Read more »