Ada Gula Ada la Semut

Sedar tak sedar dah 3 tahun lebih saya berkahwin. Alhamdulillah sorang cahaya mata menyerikan hidup kami berdua.

Jarang skali saya berkongsi tentang alam perkahwinan ni, mungkin sebab saya tengok buku dah banyak dan kawan-kawan sebaya kahwin pun dah ramai.

Cuma kali ini saya terasa nak menulis, mungkin kerana makin hari makin byk pengalaman-pengalaman manis dan pahit yang saya tempuh dalam alam ini.

Continue reading

Istiqamah

Baru-baru ni ada pertandingan Ironman di Langkawi. Walaupun saya ibarat langit dengan bumi dengan peserta Ironman tu, namun saya tetap meminati acara tersebut.

Saya respek melihat para peserta yang kena berenang, berlari dan berbasikal ke garisan penamat. Bukan mudah dan perlu stamina yang tinggi.

Namun biasanya event Ironman ini tidak semahsyur 100m sprint. Saya masih kurang memahami kenapa kepantasan lebih dikagumi dari ketahanan.

Bagi saya ketahanan jauh lebih penting dalam realiti hidup. Sebagai seorang pendakwah, kita patut mencontohi Ironman. Adakah peserta Ironman ni boleh tahan lama kerana mereka sangat slow pada permulaan perlumbaan? Heh, cuba dululah untuk bersaing dengan mereka, silap2 baru 1km pertama kita dah cicir.

Ironman ini sebenarnya ada speed dan consistency.

Ya, speed dan consistency inilah yang menjadi kunci kekuatan pendakwah. Andai kita terlalu perlahan, jahiliah akan pantas mengatasi kita sehingga tidak relevan untuk kita meneruskan. perlumbaan (cicir 20 tiang).
Namun andai kita terlalu laju, kita akan habis stamina awal dan biasanya samada kita futur awal ataupun kita ‘eksiden’ kerana terburu-buru.

Juga harus diingat, istiqamah ataupun konsistensi mesti dibina secara asli. Tidak boleh sama skali menggunakan ‘steroid’. Andai kita tidak jujur, maka lambat laun ketidakjujuran kita akan terserlah.

Maksud di sini ialah pendakwah wajib menjaga keikhlasan dalam perjuangan. Kemungkinan pendakwah akan menggunakan ‘steroid’ yang berbentuk habuan dunia,pangkat, harta, keinginan peribadi dan sebagainya untuk menyulami jalan dakwah yang panjang. Ini cukup berbahaya. Tak kantoi satu hal, tapi biasanya lambat laun akan kantoi kerana “sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua”

Maka wajiblah bagi pendakwah sentiasa menjaga stamina dakwah melalui ibadat-ibadat sunat. Membersihkan jiwa dengan taubat, dan mengekalkan semangat untuk terus berlari dengan mencontohi daie yang telahpun ‘menepati janji’ dan tiba di garisan penamat iaitu syurga.

insyaAllah berbekalkan ukhuwwah saudara kita yang sentiasa bersorak mengajak kita terus berlari, maka istiqamah bukan sesuatu yang mustahil meskipun tidak mudah.

Ingatlah:-

1- jaga stamina dgn ibadat
2- jadikan daie yang telahpun meninggal dunia semasa perjuangan sebagai inspirasi
3- jaga hubungan sesama saudara kerana ukhuwwahlah yang menjadi pasukan sorak kita untuk kekal bersemangat.
4- jauhi dadah atau steroid. Pastikan perjuangan kita ikhlas, asli, bukan plastik.

Akhirnya pohonlah doa kpd Allah s.w.t dan sentiasalah berzikir, itu yg membezakan Ironman Muslim dengan yang bukan Muslim!

Mobile

This cool. Being able to blog on the move is certainly going to be a new experience.

Alhamdulillah, this new App is definitely going to challenge myself to write. Less excuses now, so need to start writing again.

Most important thing is I have to know why I write, and may all the content in this blog be of benefit to others, and may not any of the content in this blog contribute to any form of destruction.

May Allah make it easy.